Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi mengetuai delegasi Jawatankuasa Induk Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong ke-17 Peringkat Negeri Sarawak melakukan kunjungan hormat kepada Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di kediaman rasmi beliau di Kuching, hari ini. Foto TVS

Hayati dan hormati institusi beraja menerusi Sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong

KUCHING, 23 Ogos: Sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ke-17 adalah peluang untuk rakyat Sarawak menghayati dan menghormati institusi beraja di Malaysia.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, Yang di-Pertuan Agong merupakan lambang permuafakatan dan kedaulatan institusi diraja yang perlu dihormati.

TYT terima jemputan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Peringkat Sarawak | TVS

“Ini peluang untuk rakyat Sarawak mengetahui latar belakang tentang susunan raja-raja di Malaysia, kerana Yang Di-Pertuan Agong adalah lambang Ketua Negara yang menyatupadukan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isterinya, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di kediaman rasminya di sini, hari ini.

Kunjungan hormat itu adalah untuk mengundang mereka berdua ke Sambutan Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong ke-17 Peringkat Negeri Sarawak 2024 yang bakal diadakan pada 5 hingga 8 September kelak.

Pelbagai pengisian acara bakal dianjurkan termasuklah pameran ‘Raja Kita’, Majlis Jamuan Teh di DeTar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Majlis Kesyukuran di Masjid Al-Muttaqin Kota Samarahan selain Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain di Dewan Suarah Kota Samarahan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan