Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jurulatih Norizan Rajab dan Leisharaani Jeewa merakam kenangan bersama pasukannya selepas meraih emas, menandakan kemenangan ketiga berturut-turut dan kejayaan kesembilan pasukan bola jaring Wilayah Persekutuan dalam sejarah SUKMA. Lorenzo Isaac ( TVS )

Bola emas: Wilayah Persekutuan lakar sejarah, raih emas tewaskan Kedah

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 23 Ogos : Wilayah Persekutuan mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara bola jaring pada SUKMA XXI 2024 selepas menewaskan pasukan Kedah 60-37, sekali gus menutup tirai kejohanan dengan cemerlang.

Kemenangan ini turut melengkapkan hattrick ke-3 Wilayah Persekutuan dalam sukan tersebut, sekali gus menjadikan ini pingat emas kesembilan yang dimenangi oleh pasukan bola jaring mereka sepanjang sejarah SUKMA.

Pasukan berkenaan memulakan dominasi mereka di Dewan Serbaguna Politeknik Mukah dengan mendahului suku pertama dengan jaringan 13-11.

Meskipun Kedah cuba memberi saingan, Wilayah Persekutuan terus menguasai gelanggang dan menutup perlawanan dengan keputusan 60-37.

Jurulatih Wilayah Persekutuan, Norizan Rajab, yang telah memimpin pasukan tersebut selama 18 tahun, mendedahkan rahsia kekuatan pasukannya terletak pada persediaan rapi pemain pelapis.

“Setiap pasukan, pembentukan pasukan mesti mempunyai separuh daripadanya yang mampu membawa cabaran di masa akan datang dalam masa dua tahun.

“Perlu mengekalkan pemain yang berpotensi untuk bermain di SUKMA seterusnya. Itulah tradisi yang kami kekalkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan di Dewan Serbaguna, Politeknik Mukah pada Jumaat.

Tambah Norizan lagi, tradisi ini telah memastikan Wilayah Persekutuan kekal sebagai pasukan yang disegani dalam acara bola jaring di SUKMA, dengan setiap edisi mereka mempunyai sekurang-kurangnya enam pemain pelapis yang bersedia untuk meneruskan kecemerlangan pasukan.

Sementara itu, salah seorang pemain senior Wilayah Persekutuan, Leisharaani Jeewa mendedahkan kunci kejayaan pasukannya dibentuk dengan fokus yang konsisten serta semangat berpasukan yang tinggi.

“Fokus latihan, kemenangan bukan berhenti di sini, ada banyak lagi perlawanan yang mereka perlu hadapi.

“Mereka perlu terus berusaha untuk menang dalam setiap perlawanan yang akan datang,” jelasnya.

Pelajar jurusan ekonomi di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan juga penjaga gol pasukan bola jaring wanita Wilayah Persekutuan itu turut menzahirkan rasa bangga kerana berjaya meraih pingat emas SUKMA keduanya.

Penutupan sukan bola jaring ini juga menandakan berakhirnya Kluster SUKMA Mukah yang menyaksikan sukan judo telah menutup tirainya pada Khamis.

Esok, perlawanan akhir bola sepak lelaki antara Wilayah Persekutuan dan Melaka akan menjadi acara terakhir yang dipertandingkan di Mukah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan