Normah Medical Specialist Centre jamin utamakan keselesaan pesakit
KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Normah Medical Specialist Centre (NMSC) melakar kejayaan kali kedua memenangi anugerah di ‘The Brandlaureate Best Brands Awards’serta diiktiraf sebagai jenama yang konsisten dalam kategori ‘Most Sustainable Brand’.
Nur Ellyana Maisarah pertahan emas Selangor, intai peluang kebangsaan
BETONG, 23 Ogos: Juara bertahan dari Selangor, Nur Ellyana Maisarah Norazman kekal unggul apabila meraih pingat emas acara angkat berat dalam kategori 76 kilogram (kg) wanita pada hari terakhir acara berkenaan di Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.
SUKMA terakhir, Ummi dilamar PESAKA di tepi gelanggang
MIRI, 23 Ogos: Pemenang pingat emas Sarawak bagi kategori Putri Kelas B, Ummi Mashitah Hassan, dilamar Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) bagi pemilihan pasukan kebangsaan.
Sarawak Skills rai 30 tahun kecemerlangan dalam latihan vokasional
KUCHING, 23 Ogos: Institusi latihan vokasional terkemuka, Sarawak Skills meraikan ulang tahun ke-30 dengan memperingati tiga dekad komitmen terhadap pendidikan dan pembangunan kemahiran di Sarawak.
Bersama tuai emas untuk Sarawak, Ummi ‘sparring partner’ Nurhasri
MIRI, 23 Ogos: Pemenang pingat emas bagi kategori Putri, Ummi Mashitah Hassan merupakan ‘sparring partner’ kepada Mohamad Nurhasri Maxzakir, atlet pencak silat Sarawak.
Futsal: Selangor lakar sejarah, julung kali menang emas
KOTA SAMARAHAN, 23 Ogos: Selangor mencipta sejarah kerana buat julung kalinya meraih emas menerusi futsal pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.
Mangsa tanah jerlus sepatutnya pulang ke India esok – Rakan
KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Wanita warga India yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India pagi tadi dijadualkan pulang ke negaranya esok bersama ahli keluarga selepas hampir dua bulan melancong di negara ini.
Sepak takraw: Satu emas, kemarau 20 tahun Melaka berakhir
BINTULU, 23 Ogos: Kemarau pingat selama 20 tahun Melaka berakhir di Bumi Kenyalang apabila regu sepak takraw lelaki berjaya menggondol pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.
Sarawak bakal kaji program pembangunan pencak silat – Ripin
MIRI, 23 Ogos: Sarawak akan mengkaji program pembangunan pencak silat di wilayah ini berikutan rekod penyertaan atlet sukan itu memberansangkan.
Sepak takraw: Sabah sapu bersih empat pingat emas kategori wanita
BINTULU, 23 Ogos: Kem sepak takraw wanita Sabah beraksi cemerlang dengan kejayaan memungut pingat keempat dalam semua kategori yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.