Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barisan jawatankuasa induk memegang poster sambutan perayaan Hari keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 peringkat Sarawak 2024.

TYT Sarawak, isteri serikan Hari Keputeraan Rasmi Yang-di Pertuan Agong Ke-17 peringkat Sarawak

ByRegina Lee

KUCHING, 22 Ogos: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi bakal menyempurnakan sambutan Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang-di Pertuan Agong Ke-17 peringkat Sarawak.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi yang juga menteri bertanggungjawab bagi sambutan itu, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, Kota Samarahan dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan yang akan diadakan pada 5 hingga 8 September ini.

Menurutnya, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Jumaani Tun Tuanku Bujang juga bakal hadir.

“Pameran Raja Kita akan diadakan bermula 5 hingga 8 September di Ruang Legar, Summer Mall dan dijangka menarik seramai 10,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsungnya pameran.

“Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain anjuran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) akan diadakan pada 5 September pada jam 8 malam dengan jangkaan kehadiran 500 orang, manakala pada 6 Spetember pula, Khutbah Khas akan diadakan di seluruh masjid Sarawak pada waktu Solat Jumaat.

“Pada sebelah petang (6 September) pula, Majlis Kesyukuran akan diadakan di Masjid Al-Muttaqin Kota Samarahan dan dijangka dihadiri 700 orang, diikuti Majlis Jamuan Teh yang diadakan di DeTAR, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 7 September jam 10.30 pagi dengan jangkaan kehadiran seramai 500 orang,” katanya pada sidang media bertempat di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Mengulas lanjut Julaihi memaklumkan, antara barangan yang bakal dipamerkan adalah berkaitan alat-alat kebesaran diraja serta latar belakang biografi Yang di-Pertuan Agong sejak zaman kecil hingga pertabalan.

Beliau menambah, matlamat sambutan itu dilaksanakan setiap tahun di lokasi berbeza adalah bagi menyebarluaskan kepada setiap lapisan masyarakat awam di Sarawkak terutamanya Bahagian Samarahan tentang kepentingan institusi Yang di-Pertuan Agong dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Konsep Raja Berperlembagaan agar ia terus terpelihara sebagai lambang kedaulatan yang akan memayungi setiap rakyat di negara ini.

Bagi memastikan sambutan perayaan tersebut berjalan lancar, beliau akan dibantu oleh empat timbalan menteri bertanggungjawab iaitu Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Jalan dan Udara) Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Infrastuktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir Aidel Lariwoo dan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Martin Ben. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan