Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi diberi taklimat mengenai kejadian bot karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit, Lundu. Foto Astana Negeri Sarawak

Tun Wan Junaidi diberi taklimat mengenai tragedi bot karam di Lundu

ByConnie Grace

KUCHING, 22 Ogos: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi diberi taklimat mengenai kejadian bot karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit, Lundu yang mengorbankan tiga pelajar sekolah.

Astana Negeri Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, tujuan perjumpaan itu dilakukan adalah untuk mengetahui keadaan mangsa dan mendapatkan penjelasan mengenai indisden terbabit daripada pihak terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat.

Perjumpaan pada Rabu itu dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang, Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak Tiong Ling Hii dan Residen Bahagian Kuching Dayang Juanita Azizah Abang Morsidi.

Dalam pada itu, semua tiga mayat mangsa kejadian itu telah dijumpai semalam dan hari ini.

Mangsa pertama, Vilkie Wilson, 15, dijumpai terapung pada 11.58 pagi, Selasa, manakala mayat kedua, Helena Fasha Petrus, 17, dijumpai pada 5.38 petang. Mayat terakhir, Alsma Jithil, 14, dijumpai pada 6.38 pagi, hari ini.

Dalam kejadian pada 6.10 pagi Isnin, seramai 15 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senibong, seorang pelajar SMK Lundu dan empat penduduk kampung termasuk pengemudi menaiki perahu tambang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan