Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi ketika menerima kunjungan hormat daripada pengurusan Sarawak Club diketuai Wilson Tan di Astana Negeri Sarawak, Kuching, hari ini. Foto TVS

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah diberi Keahlian Seumur Hidup Sarawak Club

KUCHING, 22 Ogos: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi diberi Keahlian Seumur Hidup Sarawak Club.

Presiden Jawatankuasa Pengurusan Sarawak Club, Wilson Tan berkata Tun Wan Junaidi telah menjadi ahli Sarawak Club selama lebih 40 tahun.

Penghormatan tersebut disampaikan menerusi kunjungan hormat daripada pengurusan Sarawak Club di Astana Negeri Sarawak di sini, hari ini.

“Pada masa yang sama, kami juga berkongsikan perkembangan berkaitan aktiviti serta keadaan terkini di kelab kami,” katanya ditemui selepas kunjungan hormat itu.

Hadir sama, Pengurus Kanan Sarawak Club, Robert Brodie. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan