Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu lelaki WP, Lee Jat Yee- Yi Heng Tan menang 11-8, 9-11, 11-8, 11-8 ke atas Zhen Xun Sia -Richard Rui Zhe Yap. Foto, Alex Teo (TVS).

SUKMA: W.Persekutuan rai emas pingpong berpasukan campuran

ByJeeridyne

KUCHING, 22 Ogos: Wilayah Persekutuan (WP) menang pingat emas pingpong berpasukan campuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas menewaskan Pulau Pinang 3-0.

WP berada di hadapan menerusi perseorangan wanita, Jing Shuen Lim yang menewaskan Amanda Hui dengan keputusan 11-6,11-6 dan 11-1.

Kedudukan menjadi 2-0 apabila pasangan beregu lelaki WP, Lee Jat Yee- Yi Heng Tan menang 11-8, 9-11, 11-8, 11-8 ke atas Zhen Xun Sia -Richard Rui Zhe Yap.

Emas sah menjadi milik WP apabila beregu campuran, Ai Lis Gan- Jin Zhen Im menang dalam pertarungan sengit lima set menentang Cindy Ma-Marcus Lok.

Lis Gan – Zhen Im tewas 9-11 dan 9-11 dua set awal sebelum bangkit dengan 11-7,11-9,dan 11-9.

Sementara itu, pingat gangsa menjadi milik Melaka yang menewaskan Selangor 3-1. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan