Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Zurkarnain Jemat (kanan) pada sidang media selepas tamat perlawanan saingan separuh akhir acara tinju di Sri Aman, malam tadi.. Foto Jazni Hanif (TVS)

SUKMA: Pasukan tinju Sarawak intai lapan pingat emas

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 22 Ogos: Pasukan tinju Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mencatat kejayaan apabila lapan daripada 15 atlet berjaya mara ke peringkat akhir pada malam ini dan malam esok.

Sasaran asal adalah enam atlet mara ke final.

Menurut jurulatih pasukan tinju Sarawak, Zurkarnain Jemat, kejayaan itu sudah tentu tidak dapat dicapai jika tidak mendapat sokongan padu daripada penyokong Sarawak.

Tumpuan kini adalah untuk menggondol pingat emas dalam semua acara final.

“Gunakan kelebihan penyokong yang ada kerana sorakan penyokong yang berada di Simanggang merupakan pemangkin semangat untuk mereka.

“Saya harap petinju kita dapat membawa pulang pingat emas, lebih daripada sasaran yang telah ditetapkan Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) dan juga Perbadanan Sukan Sarawak (SSC),” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan saingan separuh akhir di sini, malam tadi.

Lapan petinju Sarawak yang kini sedang memburu untuk membawa pingat emas ini ialah Clarkson Evans Tom Frankie (48kg), Frederick Xian Bartholomew Albern (57kg), Lam Wee Liang (60kg), Anderton Teck Hieng Tie (67kg), Gideon Riquelme Jonathan (75kg), Patricia Jaquilina Bruce (48kg wanita), Clavia Charlene Sudang Kenedy (52kg wanita) dan Hamiesha Hamdan (57kg wanita).

Tiga atlet Sarawak berjaya membawa pingat gangsa terdiri daripada Khairil Hazami Sulam (54kg) dan Bradley Jilan Kennedy (86kg) dan Aidith Aqida Abdullah (+86kg). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan