Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, Veerapan Superamaniam ketika ditemui pemberita di Stadium Perpaduan, Kuching, pada Khamis. Foto TVS

SUKMA: Negeri Sembilan hampiri sasaran pingat, akui Sarawak penganjur terbaik

ByMarzella Sigai

KUCHING, 22 Ogos: Kontinjen Negeri Sembilan menghampiri sasaran pungutan 20 pingat emas bagi Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.

Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kerajaan Negeri Sembilan, Veerapan Superamaniam, pencapaian ketika ini negeri itu berjaya mengumpul 15 pingat emas justeru itu berharap baki acara seterusnya dapat mencapai sasaran sebelum temasya melabuhkan tirai.

“Hari ini saya berada di Kuching, Sarawak untuk memberi sokongan kepada atlet olahraga Negeri Sembilan.

“Kita ada lagi acara, kita harapkan kita boleh tambah pingat kita dalam SUKMA pada tahun ini,” katanya ketika ditemu bual pemberita di Stadium Perpaduan, Kuching, pada Khamis.

Menyentuh mengenai prestasi atlet Negeri Sembilan pada SUKMA kali ini, beliau berbangga dengan pencapaian yang menyaksikan Negeri Sembilan mendominasi acara menembak.

“Memang peserta kita berjaya mengumpul 12 emas pada kali ini dan seorang atlet wanita telah berjaya mengumpul enam emas dan memecah dua rekod. Jadi itu pencapaian yang terbaik, mungkin beliau akan diraikan sebagai olahragawati pada SUKMA kali ini,” ujarnya lagi.

Penembak Negeri Sembilan, Gan Chen Jie berjaya merangkul pingat emas menerusi acara 50 meter (m) Rifle Prone individu wanita dan mencipta rekod baharu dengan catatan 574 mata, memadam rekod milik penembak Perak, Nurul Syafani Nabilah Abdul Razak iaitu 569 mata dalam SUKMA edisi 2022.

Sementara itu, beliau turut memuji tuan rumah selaku penganjur SUKMA tahun ini sambil mengakui kebolehan Sarawak menganjur sukan dalam skala yang lebih besar pada masa akan datang.

“Saya rasa memang semuanya terbaik daripada Sarawak dan kalau ada sukan-sukan yang lebih besar lagi mungkin Sarawak boleh anjur dengan baik sebab kita dah lihat dari penganjuran pada kali ini,” jelasnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan