Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Altet kebangsaan negara dari Kedah, Nur Syazwani Radzi kekal unggul apabila berjaya menyumbang pingat emas kedua skuad angkat berat negeri berkenaan melalui acara 64 kilogram (kg) wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024. Foto Mohd Raffiq (TVS)

SUKMA: Menang emas namun sedih gagal pecahkan rekod kebangsaan

ByAhmad Burhanuddin

BETONG, 22 Ogos: Di sebalik kejayaan meraih pingat emas acara angkat berat wanita kategori 64 kilogram (kg) Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, Nur Syazwani Radzi tanpa berselindung mengakui dia terkilan dengan aksinya pada hari ini.

Tangisan atlet kebangsaan yang mewakili Kedah itu pada hujung temubual cukup menggambarkan kekecewaannya.

“Saya minta maaf sangat terutamanya kepada keluarga dan jurulatih serta penyokong yang menaruh harapan kerana saya tidak dapat buat yang terbaik.

“Saya sudah mencuba sedaya upaya dan berjanji akan tebus (kesilapan) pada Kejohanan Komanwel di Fiji bulan depan, insya-Allah.

“Emas ini hanya sekadar emas sahaja bagi saya,” katanya sambil tidak dapat menahan sebak.

Dalam aksi di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan itu, atlet berusia 21 tahun itu cuba memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri iaitu 190 kg (80kg,110kg) namun gagal.

Nur Syazwani meraih emas acara itu selepas melakukan angkatan 180kg iaitu 80kg untuk snatch dan 100kg (clean & jerk).

Pingat perak acara itu dimenangi oleh altet Johor, Qisvena Abdullah yang berhasil mengangkat 156kg (66kg, 90kg) dan Balqis Syakirah Badrol Hisham dari Perak meraih gangsa apabila mencatatkan angkatan keseluruhan 145kg (68kg, 77kg). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan