Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kristian Tung menamatkan penampilan di SUKMA 2024 dengan bergaya apabila menambah koleksi pingat emas ketiga selepas mengungguli final acara 5,000 meter. Foto Bernama

SUKMA: Kristian sambar emas ketiga, sahkan gelaran raja lari jarak jauh

ByBernama

KUCHING, 22 Ogos: Atlet Wilayah Persekutuan Kristian Tung menamatkan penampilan di Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dengan bergaya apabila menambah koleksi pingat emas ketiga selepas mengungguli final acara 5,000 meter (m) lelaki di Stadium Sarawak di sini, hari ini.

Beliau yang memenangi emas masing-masing dalam acara 10,000m dan 1,500m sebelum ini, muncul pelari pertama menamatkan perlumbaan akhir itu dengan merakam masa 15 minit 20.50 saat (s).

Catatan berkenaan membolehkan atlet berusia 20 tahun yang berpangkalan di United Kingdom itu menewaskan dua pencabar dari Perak, Shawn Roshan Singh di tempat kedua (15:27.37s) dan Muhammad Farooq Muhammad Zubair Kanan ketiga dengan catatan 15:30.45s.

“Saya datang dengan matlamat untuk memenangi tiga pingat emas. Ia jadual yang padat kerana 10,000m dan 1,500m berlangsung pada hari yang sama, bagaimanapun saya sangat gembira kerana dapat membawa pulang tiga pingat emas.

“Saya mahu berterima kasih kepada jurulatih di Kuala Lumpur yang memilih saya dan memberi kepercayaan kepada saya,” katanya ketika ditemui selepas perlumbaan final itu.

Selasa lepas, Kristian merangkul dua emas pada hari yang sama selepas mendominasi saingan final 10,000m dengan catatan 33:48.049s dan 1,500m dengan masa 4:04.62s.

Sementara itu, atlet Pulau Pinang Sriven Tan berjaya mempertahankan emasnya dalam acara 10,000m lumba jalan kaki lelaki dengan catatan masa 48:18.11s.

Atlet berusia 19 tahun itu yang sekadar membawa pulang perak dalam acara 20,000m pada Isnin lepas, menewaskan rakan sepasukan Mohammad Aiman Haikal Sahrudin di tempat kedua (48:23.69s) dan wakil Wilayah Persekutuan Khor Jing Hong ketiga dengan masa 48:54.29s.

“Saya berasa sangat gembira secara keseluruhan saya mencapai sasaran untuk meraih emas dalam 10,000m,” kata Sriven yang membuat penampilan kedua di SUKMA.

Dalam final baling tukul besi wanita pula menyaksikan atlet Pahang Nurul Aiyani Mohamed Kamaluddin memenangi emas dengan rekod 44.28m, menewaskan Nur Salsabila Mohd Zamsairon dari Perlis di tempat kedua (44.10m) dan wakil Sarawak Ailenna Thipong Laga ketiga dengan catatan 42.04m.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan