Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap pada Majlis Makan Malam SUKMA Sarawak 2024 di Kuching, malam tadi. Foto Nadim Bokhari (TVS)

SUKMA beri ruang Sarawak naik taraf prasarana sukan negeri

ByAmirah Shawel

KUCHING, 22 Ogos: Penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Bumi Kenyalang telah memberi ruang buat kerajaan Sarawak menaik taraf kemudahan sukan yang terdapat di wilayah ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata perkara itu dicapai dengan bantuan peruntukan oleh Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan.

“Selain berperanan untuk mencungkil bakat generasi muda, SUKMA memberi peluang kepada negeri-negeri yang menjadi tuan rumah untuk menaik taraf prasarana dan kemudahan sukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam SUKMA Sarawak 2024 di sini, malam tadi.

Majlis dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan turut dihadiri Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Beliau berkata pihak tuan rumah juga perlu menjalankan perancangan yang rapi dari segenap sudut sebagai persediaan penganjuran.

Jelas beliau, sinergi dalam kalangan kementerian, jabatan, agensi serta persatuan-persatuan di peringkat persekutuan dan negeri yang ada di Sarawak menyumbang kepada usaha menjayakan penganjurannya.

“Atas komitmen semua pihak yang terlibat di bawah jawatankuasa induk, Sarawak telah menerima kehadiran semua atlet dan pegawai pertandingan.

“Mereka telah mula berkampung di Bumi Kenyalang beberapa hari sebelum tirai SUKMA dibuka secara rasminya pada 17 Ogos yang lalu,” ujarnya.

Sukma 2024 di Sarawak melibatkan 37 jenis sukan dan 488 acara yang mengumpulkan penyertaan sekitar 15,000 atlet dan pegawai dari semua negeri termasuk kontinjen jemputan, Brunei.

Penganjuran kali ini melibatkan 37 lokasi pertandingan di sembilan bahagian di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan