Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan ragbi lelaki Johor meraikan kejayaan setelah berjaya merangkul pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024. Foto TVS

SUKMA 2024: Johor julang emas ragbi lelaki selepas 30 tahun

ByVanessa Anak Enjop

MIRI, 22 Ogos: Johor mengakhiri kemarau kejuaraan 30 tahun dalam sukan ragbi lelaki tujuh sebelah (7s) selepas menewaskan Terengganu dengan skor 29-0 pada perlawanan akhir Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Stadium Miri hari ini.

Kemenangan ini adalah penutup yang manis bagi pasukan Johor yang telah lama menantikan gelaran juara ini sejak kali terakhir mereka memenangi kejuaraan pada tahun 1994.

Mohd Saizul Hafifi Md Noor, yang dilantik sebagai jurulatih pada tahun 2023, mengakui tanggungjawab yang dihadapinya adalah berat, memandangkan sejarah panjang Johor tanpa kejuaraan.

“Bila Johor memberikan peluang kepada saya untuk kendalikan skuad ini, saya tahu ia adalah satu tugas berat, lebih-lebih lagi kerana mereka kali terakhir memenangi emas pada 1994. Namun, saya bersyukur kerana kami dapat mencipta kejayaan hari ini.

“Kami telah bertemu Terengganu beberapa kali sebelum ini dan selalu berakhir dengan perbezaan mata yang kecil. Saya nasihatkan pemain untuk memberikan segala-galanya dalam perlawanan ini, kerana ia adalah peluang terakhir mereka untuk membuktikan kehebatan,” katanya ketika ditemu bual TVS di sini hari ini.

Dalam kategori wanita pula, Selangor menewaskan tuan rumah dengan keputusan 12-7, sekali gus merampas kejuaraan dan mengecewakan harapan Sarawak untuk meraih emas di halaman sendiri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan