Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelari Selangor, Nur Afrina Batrisya ketika ditemuI TVS di Stadium Perpaduan, Kuching, pada Khamis. Foto TVS

SUKMA 2024: Afrina pertahan status Ratu Pecut

ByMarzella Sigai

KUCHING, 22 Ogos: Bersandarkan niat ingin memperoleh keputusan terbaik dan bebas sebarang tekanan terhadap aksinya pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21, Nur Afrina Batrisya mengukuhkan statusnya sebagai ratu pecut temasya sukan kali ini.

Menurut atlet Selangor itu, kejayaan yang dikecapi merupakan hasil bimbingan dan persiapan rapi yang dilakukan bersama dua jurulatihnya.

“Pendorong saya untuk saya berjaya sampai ke tahap ini semestinya adalah jurulatih saya iaitu Coach Poad dan Coach Nizam.

“Sepanjang saya berlatih di bawah jagaan mereka, saya lebih nampak prestasi saya semakin membaik dan meningkat sehingga saya berpeluang memperoleh kejayaan yang saya ada sekarang,” katanya ketika ditemu bual di Stadium Perpaduan, Kuching, pada Khamis.

Terdahulu, pada Selasa, Afrina berjaya meraih pingat emas untuk acara 100 meter, sekali gus mencipta rekod baharu dalam acara 100 meter menerusi catatan masa 11.64 saat, memadam rekod 11.81 milik Azreen Nabila Alias pada SUKMA edisi 2016.

Manakala untuk acara 200 meter, gadis berusia 20 tahun itu turut merangkul pingat emas dan memperbaharui rekod larian dengan catatan masa 23.89 saat.

Afrina mengakui sememangnya sasarannya untuk menghadiahkan pingat emas kepada Selangor serta memecah rekod dalam SUKMA kali ini.

“Alhamdulilah atas rezeki dan kejayaan yang diberikan kepada saya, peluang yang diberikan, saya dapat melakukan yang terbaik untuk negeri saya,” katanya lagi.

Disoal berkaitan perancangannya selepas temasya sukan ini berakhir, Afrina mendedahkan bahawa dianya menyimpan hasrat menyertai World University Games di Jerman dan SEA Games di Bangkok, Thailand.

Afrina turut berkongsi kunci kejayaannya sambil menitip pesan kepada atlet muda yang lain untuk tidak gentar dengan pesaing masing-masing namun terus fokus untuk beraksi dengan terbaik.

“Untuk berjaya adalah teruskan berlatih, konsisten itu penting, dengar cakap jurulatih, percaya kepada diri sendiri,” katanya lagi. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan