Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
(Dari kiri) Nur Farah Hanim, Minggu Atong (tengah) dan Siti Noraizan Hossin antara 155 sukarelawan yang bertugas di Sri Aman sempena SUKMA 2024. Foto Jazni Hanif (TVS)

Sukarelawan ketepikan penat demi jayakan penganjuran SUKMA

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 22 Ogos: Sukarelawan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 menanam azam dalam sanubari mereka untuk menjayakan penganjuran temasya sukan terbesar Malaysia itu.

Di Bahagian Sri Aman yang menjadi tuan rumah bagi acara tinju di Stadium Tertutup, Kompleks Sri Aman, seramai 155 sukarelawan diambil menjayakan penganjuran temasya berkenaan.

Bagi Minggu Atong, 43, seorang jurubahasa mahkamah, beliau berkata walaupun penat berkhidmat dari pagi hingga tengah malam, namun tetap komited bagi memastikan semua perkara sepeti pengurusan venue dapat diurus dengan baik.

“Apabila kita mendengar sorakan daripada penduduk Simanggang ketika menonton perlawanan, walaupun penat tapi saya berasa sangat bersemangat dengan sokongan-sokongan yang diberikan mereka kepada semua atlet yang bertanding,” katanya.

Menariknya, beliau turut berkongsi tujuannya untuk menjadi sukarelawan adalah kerana anaknya kini sedang menuntut ilmu dalam sukan tinju di Joe’s Academy of Boxing di Sibu dan secara tidak langsung ingin mengambil aura kejohanan itu dan berharap anaknya dapat mewakili Sarawak dalam SUKMA Selangor 2026.

Bagi Siti Noraizan Hossin yang merupakan seorang Penolong Pegawai Farmasi di Klinik Kesihatan Sri Aman, beliau menyifatkan peluang ini datang hanya sekali.

Siti, 42, berkata beliau bersyukur kerana berkhidmat untuk menjadi seorang sukarelawan yang menguruskan penilaian anti-doping bersama Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) yang dianggap ilmu yang ditimbanya sangat berharga.

“Selain daripada kita mendapat pengalaman dan pengetahuan sepanjang bergelar sukarelawan, kita dapat belajar dan bergaul dengan sukarelawan-sukarelawan lain yang sudah semestinya dapat memperkasa kemahiran insaniah terutamanya golongan muda,” ujarnya.

Seorang anak muda yang menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat, Nur Farah Hanim berkata aktiviti sukarelawan ini dilihat membantu meningkatkan kemahiran dalam komunikasi apabila berhadapan dengan berbagai cabaran.

Farah, 23, yang baru sahaja menamatkan latihan industri di Pejabat Daerah Sri Aman berkata komunikasi dan kerja berpasukan merupakan kunci kepada kejayaan penganjuran bagi temasya sukan itu.

“Kami diajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan berkesan dan bagaimana untuk pemerkasaan pembinaan sesebuah pasukan dan itu kami dipupuk sehinggalah ke hari ini.

”Saya akui penat tetapi apabila kita bersama-sama membantu satu sama lain, segala penat lelah sangatlah berbaloi. Nang best lah!,” katanya lagi.

Untuk rekod, seramai 2,946 petugas yang majoritinya golongan muda berkhidmat sebagai sukarelawan SUKMA Sarawak 2024 dan telah ditempatkan di semua venue pertandingan di sembilan bahagian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan