Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MMA Kebangsaan serta Persidangan Saintifik pada September depan.

Premier Sarawak hadir AGM MMA Kebangsaan, Persidangan Saintifik pada Sept ini

KUCHING, Ogos 22: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MMA Kebangsaan serta Persidangan Saintifik pada September ini.

Perkara itu didedahkan Presiden Dipilih Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dato Dr. Kalwinder Singh Khaira selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia, di sini, pada Khamis.

“Kami telah menjemput Premier yang dihormati untuk menjadi tetamu kehormat di acara tersebut, dan hari ini kami membuat kunjungan hormat untuk secara rasmi menjemput beliau bagi merasmikan acara tersebut,” katanya.

Menurutnya acara berkenaan akan berlangsung pada 5 hingga 7 September di Hotel Riverside Majestic, Kuching.

Beliau turut menjelaskan bahawa acara tersebut akan berlangsung dari 5 hingga 7 September di Hotel Riverside Majestic, Kuching menjangkakan sekitar 400 deligasi dari seluruh negara.

Dr. Kalwinder menambah pada pertemuan tadi, Abang Johari turut menunjukkan minat terhadap sektor sektor kesihatan di wilayah ini.

Beliau menambah perbincangan mereka turut menyentuh terhadap kemajuan sektor kesihatan, khususnya berkaitan dengan autonomi kesihatan Sarawak.

“Premier Sarawak sentiasa menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang kesihatan, jadi kami telah mengadakan perbincangan yang baik mengenai kemajuan dan penambahbaikan dalam sektor kesihatan di Sarawak serta bagaimana untuk bergerak dengan autonomi dan sebagainya.

“Premier selalu menyokong MMA dan beliau telah menghadiri banyak acara kami, jadi adalah satu penghormatan untuk menjemput beliau apabila kami mengadakan acara di sini,” jelas beliau.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

Dalam pada itu, Dr. Kalwinder juga memaklumkan bahawa beliau dijadualkan akan mengambil alih jawatan Presiden MMA pada AGM yang akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan