Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Selangor meraikan pingat emas acara ping pong beregu campuran, selepas menewaskan Wilayah Persekutuan 3:2 pada aksi final SUKMA 2024 hari ini.

Ping pong: Beregu campuran Selangor menang pingat emas

ByJeeridyne

KUCHING, 22 Ogos: Pasukan Selangor meraih pingat emas acara ping pong beregu campuran, selepas menewaskan Wilayah Persekutuan 3-2 pada aksi final SUKMA 2024 hari ini.

Perlawanan yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua No. 3, di sini menyaksikan Wilayah Persekutuan mendahului dengan mata 11-9 dalam pusingan pertama.

Namun, Selangor berjaya mengejar mata dalam pusingan keempat, dengan mata 11-7  dan pada pusingan akhir Wilayah Persekutuan tumpas kepada 11-9.

Dalam pusingan akhir, Selangor berjaya menewaskan Wilayah Persekutuan dengan mata 11:9. Disebabkan itu, Selangor berjaya menjadi pemenang dalam acara ini.

Atlet waita Selangor, Hun Hui Qi menzahirkan kegembiraan berikutan pasukannya memenangi perlawanan hari ini.

“Saya rasa sangat gembira dan seronak sebab dapat menyumbang satu emas untuk Selangor. Sebab lawan pun sangat kuat,” katanya ketika ditemui TVS hari ini.

Turu senada atlet lelaki negeri itu, Lee Yong Yi sambil mendedahkan kemenangan berkenaan merupakan sasaran mereka pada SUKMA edisi kali ini.

Sementara itu, Pulau Pinang yang diwakili Marcus Tan dan Cindy Ma pulang dengan pingat gangsa selepas menewaskan Sarawak dengan mata 4-1. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan