Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan keselamatan di selatan India dikejutkan pada pagi Khamis selepas menerima panggilan telefon mengenai ancaman bom yang dikatakan di dalam sebuah penerbangan dari Mumbai ke Thiruvananthapuram, ibu negeri Kerala. Foto hiasan Envato

Penerbangan Domestik India terima ancaman bom, mendarat dengan selamat

ByBernama

NEW DELHI, 22 Ogos: Pasukan keselamatan di selatan India dikejutkan pada pagi Khamis selepas menerima panggilan telefon mengenai ancaman bom yang dikatakan di dalam sebuah penerbangan dari Mumbai ke Thiruvananthapuram, ibu negeri Kerala.

Penerbangan milik syarikat swasta “Air India” itu mendarat dengan selamat di lapangan terbang Thiruvananthapuram, lapor Xinhua.

Sejurus selepas mendarat, semua penumpang dipindahkan dan pesawat itu ditempatkan di ruang pengasingan di lapangan terbang itu.

Seorang pegawai di lapangan terbang Thiruvananthapuram mengesahkan terdapat 135 penumpang dalam penerbangan AI-657.

Pesawat itu diperiksa oleh anggota keselamatan, tetapi tiada bahan letupan ditemui.

Laporan media memetik kenyataan lapangan terbang Thiruvananthapuram yang menjelaskan bahawa tiada sebarang kecederaan berlaku dan operasi di lapangan terbang kini berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan