Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Jurulatih Pasukan Pelayaran (SUKMA) Terengganu Abdul Rani Idris membantu atlet pelayaran Terengganu Asmadi Azman memeriksa layarnya. Foto Salasiah Safian (TVS)

Pelayaran: Terengganu akui saingan sengit SUKMA kali ini

BySalasiah Safian

MIRI, 22 Ogos: Pasukan Pelayaran Terengganu mengakui berdepan dengan saingan sengit daripada beberapa negeri lain pada Sukan Malaysia (SUKMA) edisi kali ini.

Ketua Jurulatih Pasukan Pelayaran (SUKMA) Terengganu Abdul Rani Idris berkata, bagi mencapai sasaran lapan pingat emas pasukannya perlu konsisten dalam setiap perlumbaan.

“Sebagaimana yang dalam jangkaan saya pada SUKMA kali ini persaingan adalah sangat sengit. Sehingga kini kita telah mampu, kita mungkin mampu memberi saingan tujuh ke lapan acara yang boleh memberikan peluang pingat emas, Tetapi tanpa memperkecilkan pasukan lain, persaingan sangat kuatlah.

“Jadi pasukan lain seperti Kedah, Sabah, dan Sarawak sendiri merupakan saingan yang perlu kita atasilah,” katanya ketika ditemui TVS di Marina Bay, Miri di sini hari ini.

Tambahnya, ketibaan lebih awal pasukan Terengganu ke Miri memberi kelebihan kepada pihaknya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ombak serta angin di Marina Bay.

Katanya keadaan ombak di sini bukan masalah kepada para pelayar namun yang menjadi cabaran adalah keadaan angin yang tidak diduga.

“Memang sukar angin di sini. Itu yang saya boleh rumuskan,” ujarnya lagi.

Pasukan Terengganu turut diwakili oleh seorang pelayar kebangsaan iaitu Tengku Nurani Ezaty Tengku Khairudeen yang pernah meraih pingat gangsa untuk Malaysia dalam Kejohanan Sukan Asia Hangzhou 2022 bagi kategori RS:X wanita.

Sebelum ini, pada Sukma 2022 di Kuala Lumpur Terengganu telah berjaya mengutip tujuh emas, tiga perak dan satu gangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan