Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Myanmar serah 307 suspek penipuan telekomunikasi kepada China

ByBernama

BEIJING, 22 Ogos: Seramai 307 suspek warga China yang terlibat dalam penipuan telekomunikasi dan Internet rentas sempadan telah diserahkan kepada China.

Dalam operasi bersama jabatan keselamatan awam wilayah Yunnan, China dengan agensi penguatkuasaan undang-undang Myanmar di kawasan sempadan mutakhir ini, seramai 307 suspek warga China ditahan, termasuk 20 individu yang sedang diburu.

Kementerian Keselamatan Awam China sejak tahun lepas memperkasakan kerjasama penguatkuasaan undang-undang dengan pihak berkuasa Myanmar.

Setakat ini, lebih 50,000 suspek warga China yang terlibat dalam penipuan Internet dan telekomunikasi telah diserahkan kepada China.

Menurut pegawai kementerian itu, pihaknya akan terus meningkatkan kerjasama penguatkuasaan undang-undang di peringkat antarabangsa dan di kawasan sempadan, memperhebat operasi berkaitan, menjalankan operasi khas serta membanteras jenayah penipuan Internet dan telekomunikasi di bahagian utara Myanmar demi melindungi keselamatan harta dan kepentingan rakyat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan