Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat mangsa terakhir tragedi bot karam di Kampung Selampit, Lundu dijumpai terapung pagi ini. Foto Bomba dan Penyelamat

Mayat mangsa terakhir bot karam dijumpai

KUCHING, 22 Ogos: Mayat mangsa ketiga dan terakhir tragedi bot karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit, Lundu dijumpai pada 6.38 pagi ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak Tiong Ling Hii berkata mayat Alsma Jithil, 14, dijumpai terapung oleh penduduk kampung.

“Mangsa ketiga dijumpai timbul 100 meter dari tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa Sarawak Coast Guard ke jeti,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian pada 6.10 pagi Isnin, seramai 15 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senibong, seorang pelajar SMK Lundu dan empat penduduk kampung termasuk pengemudi menaiki perahu tambang.

Mangsa pertama, Vilkie Wilson, 15, dijumpai terapung pada 11.58 pagi, Selasa, manakala mayat kedua, Helena Fasha Petrus, 17, dijumpai pada 5.38 petang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan