Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dari kiri ke kanan: Chong Ting Jing, Hydheer Natakusama Akson, Chong Hong Li, dan Chang Kai Yong berjaya mara ke separuh akhir di Eastwood Valley Golf and Country Club, Miri, hari ini. Foto TVS

Lawan pedang SUKMA: Foil lelaki berpasukan Sarawak ke separuh akhir

ByTVS

MIRI, 22 Ogos: Pasukan lawan pedang foil lelaki berpasukan mara ke separuh akhir selepas menewaskan Sabah dalam pertembungan sengit acara itu pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Aksi di Pusat Golf Eastwood Valley itu menyaksikan trio Sarawak yang diwakili Chang Kai Yong, Chong Ting Jing dan Hydheer Natakusuma Akson menewaskan Lim Si Hau, Chong Xuan Cheng dan Jeremy Chu Liang Kang dengan keputusan 45-35.

Sarawak akan bertemu Terengganu yang menewaskan Pulau Pinang 45-10 dalam satu lagi perlawanan suku akhir pagi tadi.

Sementara itu pasukan wanita epee Sarawak yang dibarisi Lee Li Husen, Edu Sofea Idongesit Warrie Okon Warrie, Audrey Ubong Augustine dan Sara Sofea Idongesit Warrie Okon Warrie akan bertemu Selangor pada peringkat suku akhir acara itu petang ini.

Lawan pedang mempertandingkan keseluruhan 12 pingat emas dengan Wilayah Persekutuan ketika ini mengungguli carta selepas menang tiga emas, tiga perak dan satu gangsa.

Melaka di tempat kedua dengan satu emas, satu perak dan satu gangsa manakala Johor di tempat ketiga dengan satu emas dan tiga gangsa.

Sarawak setakat ini berhasil meraih sebutir pingat perak menerusi Sara Sofea Idongesit dalam acara epee individu wanita. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan