Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dari Kiri ke kanan: Edu Sofea Idongesit Warrie Okon Warrie, Audrey Ubong Augustine, Sara Sofea Idongesit Warrie Okon Warrie dan Li Hseun Lee meraih pingat perak di Eastwood Valley Golf and Country Club, Miri, hari ini. Foto Tasha Jenkins (TVS)

Lawan pedang: Sarawak raih perak acara epee wanita berpasukan

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 22 Ogos: Pasukan lawan pedang Sarawak sekali lagi merangkul pingat perak dalam acara epee wanita berpasukan hari ini selepas ditundukkan Johor 45-37.

Kemenangan itu disusuli aksi Sara Sofea Idongesit Warrie Okon Warri yang meriah pingat perak menerusi acara epee wanita individu pada Isnin lalu.

Pengurus pasukan, Mohd Azmi Zakaria mengakui tidak menyangka anak buahnya akan memenangi pingat perak sekali lagi.

“Sebenarnya, kami mensasarkan satu pingat emas dan satu pingat gangsa sahaja hari ini, tetapi Alhamdulillah, kami berjaya meraih pingat perak untuk pasukan epee wanita,” katanya.

Justeru itu, Mohd Azmi Zakaria berazam untuk terus berjuang pada SUKMA akan datang pada 2026.

“Kami akan memastikan pencapaian yang ada sekarang terus meningkat, dan pasukan yang kami miliki kini mampu meraih pingat emas di kejohanan akan datang.

“Nasihat saya kepada atlet yang akan datang, jangan berputus asa. Kekalkan slogan kita, ‘Agi idup, agi ngelaban’ untuk Sarawak,” ujarnya.

Selain itu, beliau juga menyimpan harapan tinggi untuk acara terakhir esok, termasuk sabre lelaki berpasukan, epee lelaki berpasukan, dan sabre wanita berpasukan.

Pada acara itu, Wilayah Persekutuan pulang dengan pingat gangsa hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan