Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Sarawak bersama pengurus pasukan (Mohd Azmi Zakaria) dan ketua jurulatih (Hasnul Hadi Bin Shawal) untuk lawan pedang acara foil lelaki berpasukan di Eastwood Valley Golf and Country Club, Miri, hari ini. Foto Tasha Jenkins (TVS)

Lawan pedang: Sarawak raih emas acara foil lelaki

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 22 Ogos: Sarawak memenangi pingat emas dalam acara foil lelaki berpasukan untuk julung kalinya pada SUKMA 2024.

Kejayaan tuan rumah yang diwakili Chong Ting Jing, Hydheer Natakusama Akson, Chong Hong Li, dan Chang Kai Yong menundukkan Wilayah Persekutuan dengan skor 10-5.

Namun begitu acara tersebut terhenti selepas Sarawak membantah seorang pemain dari Wilayah Persekutuan yang memakai pakaian dengan nama yang berbeza.

Dengan ini menyaksikan Wilayah Persekutuan menduduki tempat kedua, manakala Selangor di tempat ketiga.

Terdahulu pada saingan separuh akhir, Sarawak menunjukkan kehebatan dengan menewaskan Terengganu, dengan mencatatkan kemenangan 45-32. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan