Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pakar Geostrategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Salawati Mat Basir berkata neutralisasi itu juga menjadikan Malaysia antara negara paling mesra perniagaan. Foto: AFP

Langkah neutral Malaysia beri merit mudah sertai BRICS

ByAmirah Shawel

KUCHING, 22 Ogos: Langkah neutral yang diambil Malaysia melibatkan isu politik antarabangsa diakui menjadi kelebihan kepada negara untuk dipertimbang secara konsensus bagi menyertai kesatuan ekonomi Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan (BRICS).

Pakar Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Salawati Mat Basir berkata neutralisasi itu juga menjadikan Malaysia antara negara paling mesra perniagaan.

“Ini kerana sekiranya mereka mahukan suatu negara itu untuk menyertai pakatan, mereka perlu melihat adakah negara itu stabil atau tidak.

“Malaysia ada tiga perkara yang menyebabkannya mudah untuk diterima oleh negara-negara BRICS iaitu kestabilan politik, ekonomi dan sosial.

“Kita tidak berpihak untuk mengikuti pakatan Rusia, China, Amerika Syarikat atau United Kingdom,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Sementara itu, persekitaran perdagangan yang rancak memberi isyarat keyakinan dalam kalangan negara-negara BRICS untuk menyokong penyertaan Malaysia.

Jelas beliau, negara ini memiliki kepelbagaian perdagangan seperti minyak dan gas, kelapa sawit serta galian yang meraih tumpuan antarabangsa.

“Malaysia juga memiliki struktur geografi yang memberansangkan kerana kita di tengah-tengah, kita menjadi tempat transit eksport BRICS untuk ke ASEAN,” ujarnya.

Terdahulu, Profesor Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata Malaysia merupakan pilihan tepat untuk diterima menganggotai BRICS memandangkan lokasinya yang strategik menjadikan negara ini penting dan relevan dalam situasi geopolitik dan strategik di rantau Asia Tenggara, khususnya di Laut China Selatan.

Laut China Selatan kini menjadi titik fokus persaingan kuasa besar seperti Amerika Syarikat, China dan negara-negara Eropah, menjadikannya seolah-olah duri dalam daging. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan