Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih sejuta batang rokok seludup yang dimuatkan dalam kontena di Jalan Lorong Usahawan 15, Eastwood Industrial, Miri. Foto JKDM

Kastam rampas rokok seludup bernilai lebih RM800,000

ByConnie Grace

KUCHING, 22 Ogos: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak menyita sebuah kontena berukuran 20 kaki dengan muatan rokok pelbagai jenama sebanyak 1,091,600 batang di Miri.

Pengarah Kastam Sarawak, Norizan Yahya berkata rokok itu disyaki barang tak berkastam dengan anggaran duti dan cukai bernilai RM842,212.40.

“Pada tarikh 14 Ogos 2024 (Rabu) lebih kurang jam 11.30 pagi, sepasukan Unit Operasi Darat Miri membuat pemeriksaan rapi di Poslaju Eastwood.

“Seterusnya (pasukan itu) membuat rondaan di sekitar Eastwood Industrial yang telah membawa kepada penemuan sebuah kontena berkunci dan diletakkan di kawasan lapang terbiar di Jalan Lorong Usahawan 15,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pemantauan dibuat ke atas kontena berkenaan namun tiada kelibat pemilik barang di lokasi berkenaan.

Beberapa orang awam ketika ditanya juga tidak menyedari kewujudan kontena tersebut.

Pasukan serbuan telah menunggu hampir satu jam namun tiada individu yang tampil mengaku sebagai pemilik barang-barang tersebut.

Hasil pemeriksaan rapi telah membawa kepada penemuan rokok putih dan rokok kretek.

Anggaran nilai rokok dan kontena itu berjumlah RM111,324.00 dan jumlah duti dan cukai yang terlibat dianggarkan sebanyak RM730,888.40.

Modus operandi sindiket adalah menyimpan rokok tak berkastam di dalam kontena dan meletakan di kawasan lapang bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 di mana jika sabit kesalahan pesalah boleh didenda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan