Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Diana Renee Rosazizan berkelihatan sebak selepas menerima berita gembira, membuat panggilan video kepada ibu bapanya di Kuala Lumpur untuk berkongsi kejayaan meraih pingat emas SUKMA XXI 2024. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

Judo: Diana Renee Rosazizan raih emas, lunasi impian arwah datuk

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 22 Ogos : Atlet judo Terengganu, Diana Renee Rosazizan memenangi pingat emas dalam kategori wanita bawah 57 kilogram pada  SUKMA XXI 2024.

Kemenangan hari ini diakuinya menjentik perasaan kerana berjaya melunaskan impian arwah datuk dan mak ciknya yang sentiasa mendoakan kejayaannya  dalam sukan itu sejak 2017 lalu.

Diana, yang berusia 19 tahun memberitahu latihan intensif dan diet ketat untuk menurunkan berat badannya dari 63 kilogram ke 57 kilogram antara kunci kemenangannya.

“Saya sebak apabila melihat ibu dan ayah menangis ketika saya membuat panggilan video. Sebelum pertandingan, saya sering teringat nasihat arwah datuk, ‘buat demi diri sendiri,’” katanya  selepas menewaskan lawan dari Wilayah Persekutuan di peringkat akhir.

Menurutnya impian dua insan yang disayanginya itu terwujud sejak 2017 ketika dirinya berusia 12 tahun namun gagal tertunai ekoran mengalami kecederaan patah tangan.

“Arwah datuk dan mak cik selalu berharap saya meraih emas. Walaupun hampir berputus asa beberapa kali, impian mereka terus memotivasi saya,” jelasnyw.

Dalam perbualan video dengan ibu bapanya, Diana berkongsi bahawa ibunya memberikan pesanan untuk membaca ayat “Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzhalimin” sebelum memasuki gelanggang.

“Pesanan ini memberi saya kekuatan tambahan semasa bertanding,” tambahnya.

Diana juga mengungkapkan rasa bangga mewakili Terengganu dan mengucapkan terima kasih kepada jurulatihnya, Jurulatih Pasukan Marjan.

“Saya berasa bangga mewakili Terengganu kerana sokongan dan kepercayaan penuh yang diberikan oleh Coach Marjan. Di mata Coach Marjan, hanya emas yang diterima. Bukan nombor dua, bukan nombor tiga,” kata Diana.

Kini, Diana merancang untuk meneruskan latihan dan persiapan untuk menyertai Sukan SEA dalam kategori yang sama.

Untuk rekod, Terengganu dan Pulau Pinang masing-masing berjaya meraih enam pingat emas dalam acara judo di SUKMA XXI.

Namun, Terengganu menunjukkan keunggulan dengan tambahan tiga pingat gangsa dan satu pingat perak, menjadikannya juara keseluruhan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan