Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jalur Gemilang. Foto hiasan Envato

JaPen galak komuniti bekerjasama kibar Jalur Gemilang

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Jabatan Penerangan (JaPen) menggalakkan persatuan penduduk dan komuniti di seluruh negara untuk turut serta memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan masing-masing.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat JaPen Muhammad Najmi Mustapha berkata jabatan itu bersama agensi kerajaan yang lain telah melaksanakan pelbagai kempen, namun penglibatan komuniti juga penting bagi menyemarakkan semangat patriotik masyarakat.

“Di sesetengah tempat, komuniti sendiri mengambil inisiatif mengumpul ahli mereka untuk bersama-sama memasang Jalur Gemilang di kawasan mereka.

“Pendekatan ini juga kita (JaPen) laksanakan melalui Komuniti MADANI untuk menyemarakkan Bulan Kebangsaan melalui pemasangan Jalur Gemilang, harap seluruh rakyat dapat bersama,” katanya dalam temubual Influencer@JAPEN yang disiarkan melalui laman Facebook JaPen hari ini.

Bagi menyemarakkan Bulan Kebangsaan dalam kalangan generasi muda, Muhammad Najmi berkata JaPen memanfaatkan Kelab Malaysiaku yang terdapat di 809 sekolah di seluruh negara dengan menjalankan pelbagai aktiviti interaktif dan siri taklimat mengenai erti kemerdekaan.

“Kita juga ada program baharu iaitu Pentarama X Kelab Malaysiaku. Kita turun ke sekolah terpilih untuk semarakkan semangat jiwa merdeka,” katanya.

Muhammad Najmi berkata institusi keluarga juga perlu memainkan peranan menyemarakkan semangat patriotik, contohnya dengan bersama-sama memasang Jalur Gemilang atau memasang lagu-lagu kebangsaan di rumah atau dalam kenderaan.

Ditanya sama ada JaPen menyediakan bendera percuma di pejabatnya di seluruh negara, Muhammad Najmi berkata edaran hanya dibuat semasa program-program anjuran jabatan itu seperti Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang.

“JaPen cuma ada peruntukan atau bendera yang kita akan bawa di setiap lokasi program yang dianjurkan, sesiapa yang hadir ke program anjuran JaPen akan diberikan Jalur Gemilang.

“… Kos untuk satu bendera cuma antara RM4 hingga RM5 sahaja yang ada di pelbagai premis jualan, jadi kita menyeru rakyat supaya dapat lakukan sedikit pengorbanan untuk membeli dan memasang Jalur Gemilang,” katanya. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan