Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang peniaga barang kemas kerugian kira-kira RM10,000 selepas dua gelang emas seberat 29.26 gram (g) dicuri di kedainya di Bangunan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di sini semalam. Foto Bernama

Dua gelang emas dicuri, peniaga rugi RM10,000

ByBernama

ALOR GAJAH, 22 Ogos:  Seorang peniaga barang kemas kerugian kira-kira RM10,000 selepas dua gelang emas seberat 29.26 gram (g) dicuri di kedainya di Bangunan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata dalam kejadian kira-kira 12.50 tengah hari itu, Noor Akhmar Abu Bakar, 28, didatangi seorang wanita berusia antara 30 hingga 40an yang ingin melihat seutas gelang tangan.

Beliau berkata Noor Akhmar yang ketika itu ditemani ibunya menyerahkan seutas gelang kepada wanita itu sebelum suspek meminta seutas lagi.

“Selepas menerima dua utas gelang tangan itu, suspek kemudiannya bertindak melarikan diri menuju ke sebuah kereta jenis Toyota Yaris yang diletakkan di hadapan kedai emas tersebut.

“Terdapat seorang lelaki yang bertindak sebagai pemandu telah menunggu di dalam kenderaan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata suspek bagaimanapun tidak menggunakan kekerasan terhadap mangsa dan siasatan awal menemukan empat cap jari di lokasi kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan