Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Jurulatih Bola Tampar Wanita Wilayah Persekutuan, Wong Moon Hooi. Foto TVS

Bola tampar wanita SUKMA: WP raih gangsa tewaskan Johor

ByTVS

SIBU, 22 Ogos: Semangat luar biasa menjadi ‘senjata rahsia’ pasukan bola tampar wanita Wilayah Persekutuan (WP) yang berjaya meraih gangsa pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas mencipta sensasi menumbangkan juara bertahan, Johor hari ini.

Ketua jurulatih WP Wong Moon Hooi berkata, kemenangan tersebut tidak mudah dicapai apabila lawan dari selatan itu bangkit mengejar ketika ketinggalan 14-25 pada set ketiga.

Kata Moon Hooi, perkara itu berlaku kerana barisan pemainnya berasa selesa selepas mendahului dua set pertama dan tidak menyangka Johor bangkit memungut mata demi mata.

“Saya akui Johor pasukan yang kuat tetapi kita dapat kesan kelemahan mereka.

“Saya rasa kemenangan ke atas Johor hari ini 30 peratus kerana nasib dan selebihnya memang menerusi semangat pasukan kita yang tinggi,” katanya kepada TVS selepas perlawanan di Dewan Bola Tampar Rejang Park di sini hari ini.

Beliau menambah pasukan kendaliannya itu memulakan latihan sejak awal tahun dan beliau percaya pencapaian hari ini adalah kerana hasil usaha keras mereka.

Johor yang merupakan juara bertahan edisi lalu akur pulang dengan tangan kosong selepas ditundukkan WP dengan keputusan 25-23, 25-20, 14-25, 25-21.

Terdahulu, Johor tewas 0-3 kepada Selangor dalam aksi separuh akhir.

Sementara itu perlawanan penentuan pingat gangsa lelaki yang dijadual pada petang ini menemukan Sarawak dengan Johor. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan