Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad bola tampar lelaki Sarawak merakam gambar kenangan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek merangkap Timbalan Chef-De-Mission bola tampar, Joseph Chieng Jin Ek (tujuh dari kiri) dan pengurus pasukan, Dato Moh Wung Ming (lapan dari kiri).

Bola tampar: Sarawak berpuas hati dengan gangsa, Johor akur tewas

ByNur Suhaida Muliyono

SIBU, 22 Ogos: Pasukan bola tampar lelaki tuan rumah berpuas hati dengan pencapaian gangsa pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 meskipun tidak berjaya mempertahankan kejuaraan edisi lalu.

Ketua jurulatih pasukan Pang Sii Chuong berkata meskipun mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri, namun tekanan tetap dirasai.

“Pada awalnya saya memang sasarkan emas untuk pasukan ini tetapi seperti yang saya katakan, tekanan memang ada kalau bermain di tempat sendiri.

“Itulah yang dihadapi anak-anak buah saya, memang ada tekanan yang dirasai semasa perlawanan dan ia menjejaskan prestasi mereka.

“Tetapi tidak mengapa, kami akan berusaha pada SUKMA edisi seterusnya untuk merampas emas itu semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas perlawanan pingat gangsa antara Sarawak dan Johor di Dewan Bola Tampar Rejang Park di sini hari ini.

Beliau pada masa sama berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan skuad kendaliannya dalam aksi menentang Johor hari ini.

“Mereka bermain dengan bertungkus-lumus dan sangat berusaha semasa latihan.

“Hari ini merupakan perlawanan terakhir, jadi mereka berikan yang terbaik untuk memenangi perlawanan ini dan mendapat pingat gangsa untuk kontinjen Sarawak,” ujarnya.

Sementara itu kapten pasukan Brandon Chiu Hock Yew lega dan menzahirkan kegembiraan kerana dia dan rakan-rakan sepasukan telah berusaha sehabis baik bagi memperoleh kemenangan itu.

“Inilah bukti kerja keras kami selama ini. Saya berterima kasih kepada para penyokong dari dalam dan luar Sarawak.

“Saya menangis semalam kerana kami tewas, kami mahu menang tetapi hari ini saya menangis kerana kami berjaya membawa pulang gangsa untuk Sarawak.

“Itu sahaja yang kami mampu bawa balik untuk Sarawak,” jelasnya.

Sarawak menundukkan Johor 25-19, 25-15, 25-19 menyaksikan Johor akur pulang dengan tangan kosong selepas kedua-dua pasukan lelaki dan wanita tewas dalam perlawanan berkenaan.

Terdahulu pasukan bola tampar wanita Wilayah Persekutuan (WP) menewaskan Johor 25-23, 25-20, 14-25, 25-21 dalam aksi hari ini.

Kemenangan WP itu sekali gus menghadiahkan pingat gangsa kepada kontinjen tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan