Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kedah layak ke perlawanan akhir Bola Jaring SUKMA selepas mengalahkan Johor 44-40. Foto Flash Sukan (FB)

Bola jaring: Wilayah Persekutuan bertemu Kedah di final esok

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 22 Ogos: Wilayah Persekutuan dan Kedah berjaya melangkah ke final acara bola jaring selepas menang cemerlang dalam perlawanan separuh akhir di Dewan Serbaguna Politeknik Mukah pada Khamis.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama, Wilayah Persekutuan menunjukkan dominasi mereka dengan menewaskan Terengganu dengan skor 71-48 yang meletakkan mereka di perlawanan akhir.

Sementara itu, Kedah juga melangkah ke final selepas menumpaskan Johor dengan keputusan 44-40 dalam perlawanan separuh akhir kedua sekali gus mengekalkan keunggulan sepanjang perlawanan untuk memastikan tempat di perlawanan akhir juga.

Dengan keputusan ini, perlawanan akhir Bola Jaring SUKMA XXI 2024 akan menyaksikan Wilayah Persekutuan bertemu Kedah, esok 10 pagi di Dewan Serbaguna Politeknik Mukah.

Perlawanan tempat ketiga pula akan diadakan pada jam 8.00 pagi antara Terengganu dan Johor.

Perlawanan akhir ini dijangka berlangsung dengan penuh sengit kerana kedua-dua pasukan bakal merebut gelaran juara Bola Jaring SUKMA XXI 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan