Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nur Alissa Sofea Mohamadnor Wardi berjaya menghadirkan pingat emas kedua kontinjen angkat berat Terengganu apabila memenangi acara 71 kilogram (kg) wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024. Foto Mohd Raffiq (TVS)

Angkat berat: Nur Alissa Sofea dari Terengganu sambar emas saat akhir

ByAhmad Burhanuddin

BETONG, 22 Ogos: Nur Alissa Sofea Mohamadnor Wardi berjaya menghadirkan pingat emas kedua acara angkat berat untuk Terengganu dengan memenangi acara 71 kilogram (kg) wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Nur Alissa Sofea menyambar emas pada saat akhir dan berhasil mengangkat bebanan keseluruhan 166kg, iaitu 71kg untuk snatch dan 95kg (clean & jerk).

Dia yang merupakan wajah baharu dalam temasya SUKMA ini meluahkan keterujaan sejurus berjaya memenangi acara tersebut selain turut mempunyai perasaan bercampur baur antara sedih dan gembira.

“Saya tidak menyangka boleh menang sebab lawan di sini semuanya hebat-hebat, jadi saya rasa amat gementar.

“Saya juga tidak pernah melakukan angkatan 95kg itu sebelum ini, jadi kiranya saya telah pecah rekod peribadi sayalah,” ketika ditemui media di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini, hari ini.

Jelas Nur Alissa Sofea, dia mendedikasikan pingat emas yang dimenanginya itu kepada ketua jurulatih angkat berat Terengganu yang kini masih terlantar di hospital negeri berkenaan kerana berada dalam keadaan yang tidak sihat.

“Saya hadiahkan pingat ini kepada ketua jurulatih saya. Selepas ini, saya akan sasar untuk mempertahankan emas pada edisi SUKMA akan datang, Insya-Allah,” ujarnya.

Sementara itu, atlet kontinjen Pahang, Marsyahirazawati Mohd Rais merangkul pingat perak menerusi angkatan 165kg (73kg, 92kg) dan di tempat ketiga, Dhiya ‘Raihan Zulkarnain dari Perlis dengan catatan keseluruhan 162kg (67kg, 95kg). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan