Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada delegasi MCPF Sarawak diketuai See Chee How (tiga kiri). Foto Nadim Bokhari (TVS)

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia bakal anjur forum kesedaran penipuan dalam talian

ByMadeline Dugat

KUCHING, 21 Ogos: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Sarawak terus memperhebatkan usaha tingkatkan kesedaran penipuan dalam talian melalui forum bagi mengurangkan kadar jenayah berkenaan.

Pengerusi MCPF Sarawak See Chee How berkata forum ini akan diadakan di seluruh negeri dengan penglibatan pelbagai agensi berkaitan.

“Forum ini akan diadakan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, namun tarikh untuk penganjuran belum dimuktamadkan kerana menunggu keputusan Premier Sarawak kerana beliau ingin menghadiri forum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Chee How yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Lintang berkata, usaha untuk mengekang jenayah penipuan dalam talian wajar diperkasakan dengan kerjasama erat pihak terbabit seperti polis dan Bank Negara.

Selain itu katanya, kunjungan hormat itu bertujuan memperkukuhkan kerjasama dan hubungan antara kerajaan dengan MCPF dalam menyokong program pencegahan penipuan dalam talian.

“Datuk Patinggi (Abang Johari) memberi nasihat dan panduan bagaimana kita harus melakukannya (pencegahan jenayah dalam talian), bagaimana kerajaan Sarawak sentiasa memberi sokongan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan