Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Gerald Rentap Jabu ketika sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Media Kluster Mukah bagi acara judo di UiTM Mukah, hari ini. Foto TVS.

Tiada cadangan kanu dipertandingkan pada SUKMA Sarawak – Gerald Rentap

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 21 Ogos: Tiada cadangan disuarakan oleh kontinjen lain termasuk Johor menjadi punca kanu tidak dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, kata Dato Gerald Rentap Jabu.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak berkata, permintaan itu juga tidak dibangkitkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA.

“Saya tidak pernah mendengar Johor membawa isu supaya kanu dipertandingkan pada SUKMA sebelum ini (malah) tiada perbincangan dalam mesyuarat itu, ” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Gerald Rentap mengulas isu mengapa Sarawak selaku tuan rumah tidak mempertandingkan acara berkenaan kali ini yang dibangkitkan pihak tertentu menerusi media sosial.

Pada SUKMA 2022,  Johor mendominasi sukan itu apabila membolot 23 pingat yang ditawarkan.

Mengulas lanjut, Gerald Rentap berkata Johor ditawarkan menjadi tuan rumah SUKMA kali ini tetapi menolaknya.

Berhubung pengguguran acara sukan tertentu, beliau menjelaskan keputusan itu diambil kerana tidak memenuhi syarat pertandingan.

“Sebagai contoh, sukan terjun mempunyai 12 acara tetapi hanya enam yang dipertandingkan kerana ada negeri yang tidak menyertai.

“Berdasarkan peraturan SUKMA, jika kurang enam negeri yang mengambil bahagian, acara itu akan digugurkan.

“Bagi saya, ini tidak adil kerana dalam Sukan SEA, penyertaan tiga negara pun sudah memadai.Polisi yang terlalu ketat menjadi beban kepada atlet,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan