Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, Datuk Razali Idris. Foto TVS

Terengganu terima lebih 5.2 juta pelancong setakat bulan Jun tahun ini

ByAsmah Adenan

KUCHING, 21 Ogos: Sejumlah 5,218,662 pengunjung telah memilih Terengganu sebagai destinasi pelancongan sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, baru-baru ini, Kampung Budaya Terengganu telah dianugerahkan Muzium Terbaik (Pengalaman Seni dan Budaya) sempena Anugerah  Industri Pelancongan 2024.

“Kampung Budaya Terengganu mengumpulkan pelbagai genre seni dan budaya negeri Terengganu sebagai “One Stop Centre” yang mempamerkan gaya hidup sihat rakyat Terengganu dengan menerapkan konsep “Muzium Hidup” dan menjadi platform kepada penggiat-penggiat seni dan budaya negeri Terengganu.

“Pengiktirafan lain “Kenyir Geopark” yang telah diperakukan pada 30 Mei 2023 di bawah Program Pembangunan Geopark, NRECC yang mempunyai keluasan 2,449 kilometer persegi meliputi sebahagian daerah Hulu Terengganu serta mempunyai 15 geotapak, 10 biotapak, 11 tapak budaya dan satu tapak geoarkeologi menjadikan Tasik Kenyir menjadi satu lagi tarikan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa menghadiri Majlis Makan Malam bersama Penggiat Pelancongan Terengganu-Sarawak sempena Program Silang Budaya Terengganu-Sarawak di sini, malam tadi.

Tambahnya, antara penganjuran acara bagi tahun 2024 di negeri Terengganu ialah Senandung Terengganu ‘Gema Gemalai Gamelan Melayu’ , Karnival Beautiful Terengganu 2024, Scooterian Mega Gathering Vol.2 , Senandung Terengganu ‘Se-Abad Gema Gemalai Gamelan Melayu’ , Pelita Raya (PELITER@TTI) 2024, Kapas Marang Swimathon, Newwor @ KBT, Perarakan dan Pertandingan Kenderaan Berhias Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-62 KDYMM Sultan Terengganu, Terengganu International Bike Week 2024 dan Karnival Jom Heboh Terengganu 2024.

Selain itu, katanya, dodol daun palas dan cokelat nisang antara produk pelancongan berasaskan komuniti (CBT)  yang popular di Terengganu.

“Nisang merupakan manisan yang dihasilkan daripada mayang pokok kelapa. Antara produk yang berasaskan nisang seperti air kopi nisang, aiskrim nisang dan lain-lain menjadi faktor utama kedatangan pelancong.

“Seterusnya, dua maskot penyu (jantan dan betina) yang diberi nama “Awang Nelang” dan “Mek Ara” diambil daripada gelaran yang sering digunakan oleh masyarakat Terengganu untuk memanggil kaum lelaki dan wanita.” ujarnya.

Mengulas lanjut,  “Nelang” membawa maksud berani atau gagah dan “Ara” singkatan bagi spesies penyu karah yang terdapat di Terengganu.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajan Sarawak kerana telah memenangi banyak anugerah di peringkat antarabangsa pada tahun lepas.

Program Silang Budaya Terengganu-Sarawak lebih memfokuskan kepada perkongsian idea yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada negeri Terengganu dalam meningkatkan lagi ekopelancongan di negeri tersebut.

Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, Sulaiman Sulong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan