Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muhammad Azan Mohd Nadzri (tengah) semasa ditemui media selepas Majlis Penyampaian Pingat kepada pemenang pusingan akhir acara Muaythai di Naim Paragon Streetmall, Bintulu malam tadi. Foto RTM

SUKMA: Sarawak sedia hantar atlet Muaythai ke Sukan SEA dan ONE Championship

BySteward Dawi

BINTULU, 21 Ogos: Kem Muaythai Sarawak bersedia untuk menghantar atlet dari Bumi Kenyalang berentap di temasya sukan yang lebih besar selepas mencipta kejayaan di Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Menurut Ketua Jurulatih Muaythai Sarawak, Muhammad Azan Mohd Nadzri, dia sangat optimis beberapa atlet jagaannya berpotensi untuk berentap di Sukan Asia Tenggara atau Sukan SEA pada 2025.

“Kita memang berhasrat untuk menghantar atlet Muaythai Sarawak terlibat sama di dalam Sukan SEA dan ONE Championship,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Pingat kepada para pemenang untuk kategori kombat lelaki dan wanita peringkat akhir bertempat di Stadium Muhibbah, pada Selasa.

Bagaimanapun, Muhammad Azan menjelaskan atlet-atlet Muaythai Sarawak perlu lebih banyak diberikan pendedahan perlawanan sebelum mereka bersedia mewakili negara.

“Sekiranya kita (Sarawak) terpilih, latihan yang berterusan dan konsisten akan dijalankan bagi memastikan ketersediaan atlet berada pada tahap maksima,” jelasnya.

Untuk rekod, pasukan Muaythai Sarawak berjaya membolot lima pingat emas sekali gus menjadi juara keseluruhan dalam acara tersebut bersempena dengan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Selain itu, pasukan Muaythai Sarawak turut membawa pulang empat pingat perak dan satu pingat gangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan