Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kapten Pasukan Bola Tampar Wanita Sarawak, Moh Sheau Jun. Foto TVS

SUKMA: Sarawak impi tamatkan kemarau sedekad kilauan emas acara bola tampar

ByTVS

SIBU, 21 Ogos: Pasukan bola tampar wanita Sarawak memasang impian untuk menamatkan kemarau kilauan emas sedekad selepas kali terakhir merangkul kejuaraan di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16 di Kuala Lumpur lalu.

Penolong jurulatih pasukan, Angela Tang berkata, harapan itu bukan sahaja datang daripada pasukan wanita, tetapi juga pasukan bola tampar lelaki tuan rumah agar dapat mempertahankan emas yang dimenangi pada SUKMA ke-20.

“Kali terakhir kita menang emas adalah pada 2013, dua tahun lepas kita kalah di peringkat separuh akhir tetapi kali ini kita berjaya mara ke final.

“Saya berharap kita ada peluang (untuk menang), kita mahu dapatkan pingat emas untuk pasukan wanita dan lelaki,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas perlawanan separuh akhir Sarawak menentang Wilayah Persekutuan di Dewan Bola Tampar Rejang Park di sini, hari ini.

Sementara itu, kapten pasukan, Moh Sheau Jun berkongsi perasaan gembiranya kerana pasukannya berjaya mara ke perlawanan akhir hasil usaha mereka berlatih selama lapan bulan.

“SUKMA edisi lalu kami dapat gangsa, justeru saya berharap kami boleh menang pada edisi kali ini dan saya percaya terhadap kemampuan rakan sepasukan, kami boleh menang,” jelasnya.

Skuad bimbingan ketua jurulatih import dari Thailand, Sanong Kulchim itu cemerlang menewaskan Wilayah Persekutuan 25-14, 25-10, 25-13.

Ia sekali gus melayakkan Sarawak ke final bertemu pasukan Selangor yang dijadual pada pagi Jumaat.

Selangor menewaskan Johor 25-15, 26-24, 25-19 dalam perlawanan separuh akhir hari ini.

Johor dan Wilayah Persekutuan pula akan berentap bagi merebut pingat gangsa yang dijadual esok.

Perlawanan separuh akhir bola tampar lelaki pula dijangka bermula pada jam 3 petang ini, menyaksikan Sarawak menentang Selangor dan Wilayah Persekutuan bertemu Johor. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan