Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan ragbi Sarawak mempamerkan aksi pada SUKMA 2024 apabila mara ke separuh akhir. Foto, TVS.

SUKMA: Ragbi wanita Sarawak ke semi final, impian emas menyala

ByVanessa Anak Enjop

MIRI, 21 Ogos: Pasukan ragbi wanita Sarawak mara ke separuh akhir acara itu pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas mencatat kemenangan bergaya 21-0 ke atas Wilayah Persekutuan dalam suku akhir hari ini.

Pasukan bimbingan Sylvia Alexander Lian itu dilihat berada dalam prestasi terbaik untuk ke final selepas mencatatkan lima kemenangan berturut -turut.

Sebelum ini mereka menewaskan Kedah 34-0, menang ke atas Melaka 26-0, mengecewakan Johor dengan 14-5 dan membenam Pulau Pinang (26-5).

Dua lagi keputusan suku akhir menyaksikan Terengganu menewaskan Johor 24-10 dan Sabah menundukkan Pulau Pinang 12-7.

Ketika ini perlawanan membabitkan Melaka dan Selangor sedang berlangsung. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan