Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perlis sekali lagi meraih emas sukan angkat berat edisi Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 melalui Nurul Aisyah Athirah Mohd Nadzim dalam acara 59 kilogram (kg) wanita. Foto Mohd Raffiq (TVS)

SUKMA: Perlis tambah emas angkat berat menerusi Nurul Aisyah Athirah

ByAhmad Burhanuddin

BETONG, 21 Ogos: Perlis terus mencuri tumpuan dalam acara berat Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, kali ini menerusi atlet wanitanya, Nurul Aisyah Athirah Mohd Nadzim yang meraih emas kategori 59 kilogram (kg) wanita.

Kemenangan diperoleh Nurul Aisyah Athirah itu hadir menerusi angkatan keseluruhan 170kg iaitu 75kg untuk snatch dan 95kg (clean & jerk).

Jelas Nurul Aisyah Athirah, penampilan kedua pada SUKMA membuatkan dia bertekad untuk menang walaupun gagal pada percubaan pertama dan kedua untuk disiplin clean & jerk.

“Saya hanya fikir untuk memperoleh emas, itu sahaja.

“Mulanya rasa agak tertekan tetapi saya tetap bertahan kerana mahukan pingat emas dan Alhamdulillah, saya dapat juga akhirnya,” katanya kepada media di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini, hari ini.

Atlet kebangsaan itu berkata, dia mendedikasikan pingat emas itu untuk ibu bapanya, ahli keluarga dan jurulatihnya.

Dia juga berazam untuk mempertahankan kemenangan itu pada SUKMA edisi akan datang.

Atlet Melaka, Nurul Syasya Khairina Samsur di tempat kedua dengan catatan keseluruhan 162kg (72kg, 90kg) manakala gangsa dimenangi Noorshahida Mohamad Saiffol Aza dari Pahang dengan angkatan 145kg (63kg, 82kg). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan