Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Gerald Rentap Jabu, ketika ditemui media di Dewan Sri Balau, UiTM Mukah selepas menyaksikan perlawanan acara Bola Jaring Sarawak menentang Brunei Darussalam di Dewan Serbaguna Politeknik, Mukah. Foto TVS

SUKMA: Pengorbanan atlet muda Sarawak, komitmen dan dedikasi inspirasi kejayaan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 21 Ogos: Dedikasi dan komitmen para atlet muda Sarawak ternyata tidak sia-sia apabila mereka berjaya mencatat prestasi cemerlang di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) meskipun terpaksa mengorbankan banyak masa untuk latihan.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu mengakui kejayaan ini jelas membuktikan bahawa usaha gigih mereka selama ini telah membuahkan hasil yang yang membanggakan.

“Kami sedar betapa sukarnya bagi para atlet ini, terutamanya yang masih muda, untuk membahagikan masa antara latihan intensif dan pelajaran mereka.

“Namun, pengorbanan ini amat berbaloi apabila kita melihat pencapaian mereka di temasya ini,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan perlawanan bola jaring hari keempat Sarawak menentang negara Brunei Darussalam di Dewan Sri Balau, UiTM, Mukah di sini,  semalam.

Sarawak mendominasi perlawanan bola jaring hari keempat menentang Brunei Darussalam dengan keputusan akhir 76-29, setelah mendahului 20-8 pada suku pertama, 38-15 pada suku kedua, 58-23 pada suku ketiga, dan terus mengukuhkan kemenangan pada suku keempat.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh mengenai cabaran logistik dan kekangan yang dihadapi oleh atlet, terutama mereka yang bertanding dalam sukan-sukan yang memerlukan kemudahan khusus seperti taekwondo dan terjun.

“Meskipun terdapat beberapa kekangan, saya yakin atlet kita akan terus memberikan yang terbaik dan mencapai kejayaan untuk Sarawak,” ujar beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan