Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gelanggang MuayThai SUKMA Sarawak 2024 menghadiahkan Johor enam pingat gangsa.

SUKMA: Muaythai Johor bawa balik enam pingat gangsa

BySteward Dawi

BINTULU, 21 Ogos: Johor berpuas hati terhadap pencapaian atlet Muaythai mereka yang bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 walaupun tidak berjaya membawa pulang pingat emas.

Penolong jurulatih, Mustaffar Noor Jumaat berkata mereka tidak menyangka enam atlet lelaki dan wanita berjaya mara ke separuh akhir.

Jelas beliau ini menunjukkan barisan yang ditampilkan oleh kontinjen Harimau Selatan itu mampu memberi saingan hebat kepada pasukan lain.

“Sebenarnya kami menampilkan banyak atlet baharu untuk SUKMA kali ini dan tidak menyangka enam atlet Muaythai Johor (lelaki dan wanita) berjaya ke peringkat separuh akhir kategori kombat,” katanya kepada TVS.

Acara Muaythai yang menawarkan 18 pingat emas menutup gelanggang semalam dengan Sarawak muncul juara keseluruhan selepas meraih lima emas, empat perak dan satu gangsa.

Sabah di tangga kedua, juga dengan lima emas, tiga perak dan dua gangsa manakala Perak selaku pasukan ketiga terbaik dengan empat emas, satu perak dan satu gangsa.

Johor membawa pulang pingat gangsa menerusi J. Jesse Ethan Lall (lelaki 48-51 kg), Fatin Amani Mohd Nazrul Hisyam (wanita 48-51 kg) dan Alysha Dania Mohd Fazree (wanita 42-45 kg).

Turut menyumbang gangsa ialah Sofea Aressa Mohamad Hairul, Luqman Nurhaqiem Abd Khalib dan Azharul Haqimie Nor Azman. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan