Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nurul Farisya Alia ketika ditemui pemberita mengakui yang beliau tidak menjangkakan kemenangan hari ini kerana turut berdepan saingan penerjun lebih berpengalaman. Foto: Alex Teo (TVS)

SUKMA: Bintang muda Sarawak Nurul Farisya ketepikan juara Sukan SEA 2023

ByBernama

KUCHING, 21 Ogos: Atlet muda Sarawak, Nurul Farisya Alia Affendi mengejutkan juara Sukan SEA yang juga rakan sepasukan lebih berpengalaman apabila menyambar pingat emas acara platform wanita Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Penerjun berusia 15 tahun yang baru menyertai program pelapis kebangsaan awal tahun ini mengumpul 241.90 mata untuk memenangi emas keduanya di Pusat Akuatik Pandelela Rinong di sini.

Pada Isnin lepas, anak jati Kuching itu merangkul pingat emas acara 10m platform seirama wanita bersama gandingannya Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Kemboja 2023 Lee Yiat Qing mewakili Wilayah Persekutuan terpaksa berpuas hati dengan perak selepas terjunan ketiganya merosot menjadikan mata terkumpul 241.10 mata, manakala Nur  Nur Eilisha Rania gangsa dengan 231.45 mata.

Nurul Farisya Alia ketika ditemui pemberita mengakui yang beliau tidak menjangkakan kemenangan hari ini kerana turut berdepan saingan penerjun lebih berpengalaman.

“Saya rasa terjunan semua tak berapa bagus berbanding pencabar lain, tetapi mungkin terjunan keempat itu meletakkan saya di kedudukan pertama. Sasaran saya adalah emas dalam 10m platform seirama dengan Rania dan platform seirama campuran bersama Muhammad Lutfir Rahman Mohammad Razak.

“Saya juga mendapat sokongan daripada keluarga yang hadir ke sini. Mereka juga berikan ucapan semoga berjaya sebelum pertandingan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan