Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beraksi bagi kategori 48kg, Clarkson Evans Tom Frankie berjaya menumpaskan Aelfred Eter Tohiron dari Sabah di Stadium Tertutup, Kompleks Sri Aman pada saingan separuh akhir. Foto TVS

SUKMA: Bekas pelajar Sekolah Henry Gurney mahu genggam pingat emas

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 21 Ogos: Bekas pelajar Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo meluahkan perasaan tidak percaya apabila layak ke peringkat final bagi acara sukan tinju Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Beraksi bagi kategori 48kg, Clarkson Evans Tom Frankie berjaya menumpaskan Aelfred Eter Tohiron dari Sabah di Stadium Tertutup, Kompleks Sri Aman pada saingan separuh akhir.

Pada sidang media, Tom berkata, perjalanannya yang dilaluinya apabila bakatnya mendapat perhatian daripada jurulatihnya Helman Morni sehingga berjaya mara ke peringkat akhir sangat berbaloi.

“Bagi saya amat-amat berbaloi kerana sukan ini mengubah kehidupan saya dan tidak sangka sampai ke temasya terbesar di negara ini iaitu SUKMA,” katanya pada sidang media sejurus perlawanan malam pertama saingan separuh akhir di sini, malam tadi.

Dia mengulangi pendiriannya dan bertegas untuk membanggakan Sarawak dengan melakukan yang terbaik sehingga ke titis darah terakhir dan menggenggam pingat emas pertama miliknya dan seterusnya membutirkan emas buat Bumi Kenyalang.

Pada saingan final buat ujian terakhirnya, Tom akan bertemu dengan Thanasekaran Rajendran dari Kedah pada 22 Ogos (Khamis) ini.

Sepanjang aksinya di SUKMA ini, Tom berjaya mengalahkan atlet Pulau Pinang, Muhammad Mukhriz Khan Muzafar Khan bagi saingan suku akhir setelah mendapat ‘bye’ pada pusingan kelayakan. – TVS

Tags: sukma, tinju, tom

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan