Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kaunselor Majlis Bandaraya Miri (MBM), Raymond Jenang semasa Majlis Pelepasan Program Nemuai Kembara 30 Tahun Sarawak Skills Miri hari ini. Foto, TVS.

Sarawak Skills Miri sumbang panel solar kepada tiga buah rumah panjang

MIRI, 21 Ogos: Sarawak Skills Miri akan melaksanakan program tanggungjawab sosial korporal (CSR) di tiga buah rumah panjang terpilih.

Antara yang akan dilakukan termasuk menyumbang panel solar sertai menyampaikan pendidikan mengenai teknologi hijau dan kemahiran asas kepada penduduk.

Program itu dilaksanakan sempena meraikan ulang tahun ke-30 penubuhan Sarawak Skills.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata sumbangan berkenaan kelak akan memberi manfaat kepada komuniti rumah panjang mendapatkan akses kepada tenaga bersih dan menaik taraf gaya hidup mereka.

“Sumbangan solar panel kepada rumah panjang yang terpilih serta pelbagai aktiviti yang dijalankan bersama komuniti adalah langkah konkrit dalam memperkasakan mereka dan mengukuhkan hubungan antara institusi dengan masyarakat setempat.

“Saya yakin bahawa usaha murni ini akan membawa manfaat besar bukan sahaja dari segi fizikal seperti akses kepada tenaga bersih, tetapi juga dari segi membina jalinan yang lebih erat antara Sarawak Skills dan komuniti tempatan,” katanya.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Kaunselor Majlis Bandaraya Miri (MBM), Raymond Jenang semasa Majlis Pelepasan Program Nemuai Kembara 30 Tahun Sarawak Skills Miri hari ini.

Tambah Kim Shin yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Senadin berkata, program itu bukan sahaja memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan peserta, tetapi juga membantu dalam pembangunan komuniti yang lebih inklusif dan sejahtera dengan meninggalkan impak yang positif dan berkekalan.

Program iselama dua hari bermula hari ini melibatkan Rumah Panjang Bare, di Sungai Nangka, Sebauh, Rumah Panjang James Joseph Kanowit dan Rumah Nyuka Lubok Lemba Ulu Sarikei. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan