Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menerima kunjungan hormat daripada delegasi Sarawak Skills diketuai Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak Skills komited perkasa program pembangunan bakat

ByMadeline Dugat

KUCHING, 21 Ogos: Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) komited dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi melalui program pembangunan bakat.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain berkata, melalui bimbingan dan program yang ditawarkan ia diyakini akan dapat membantu belia memenuhi keperluan industri terutama dalam bidang teknikal dan hidrogen.

“Apa yang penting kita membangunkan bakat dalam kalangan anak-anak muda terutama lepasan sekolah supaya memperolehi pekerjaan dalam bidang teknikal baharu seperti pembangunan hidrogen, ART (Transit Aliran Automasi) yang sedang dibangunkan di Sarawak.

“Dengan ini kita perlu mendapat ramai pakar terutama mereka di dalam kemahiran teknikal,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Aziz Hussain berterima kasih dan berharap sokongan penuh kerajaan Sarawak berterusan dalam pembangunan bakat Sarawak Skill melalui peruntukkan geran.

Dalam pertemuan itu, delegasi Sarawak Skills turut memberi taklimat mengenai usaha dan kejayaan Sarawak Skills selama 20 tahun.

Sementara itu, Aziz Husain turut berkata, kunjungan hormat itu juga bertujuan untuk menjemput Premier Sarawak hadir ke Majlis Ulang Tahun Sarawak Skills ke-30 pada 23 Ogos. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan