Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pada aksi di Stadium Tertutup Kota Samarahan di sini, pasukan tuan rumah yang dibimbing Faizal Zamri mempamerkan aksi bertenaga menumpaskan Perak 7-3. Foto: TVS

Sarawak, Selangor buat perhitungan final futsal

ByBernama

KOTA SAMARAHAN, 21 Ogos: Sarawak dan Selangor akan membuat perhitungan dalam pentas final futsal Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas menewaskan lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir hari ini.

Pada aksi di Stadium Tertutup Kota Samarahan di sini, pasukan tuan rumah yang dibimbing Faizal Zamri mempamerkan aksi bertenaga menumpaskan Perak 7-3.

Pemain tengah Bumi Kenyalang Asyraff Zakaris paling mencuri tumpuan apabila menjaringkan hatrik dan mencetak gol seawal minit ketiga perlawanan sebelum menggandakan jaringan seminit kemudian.

Skuad Perak yang dibimbing Ali Mahat tidak menunggu lama untuk membuka akaun jaringan dan merapatkan kedudukan menerusi Abdul Hadi Muhamad Azhan juga pada minit keempat sebelum penyerang Sarawak Muhammad Nazir Mahdini melebarkan kedudukan 3-1 pada minit ke-10.

Tersentak dengan gol itu, Perak kembali memperkemas permainan dan berjaya menjaringkan dua gol menerusi Mohamad Amirul Aiman Mohamad Hamdan pada minit ke-12 dan kapten Matias Denisan pada minit ke-13 untuk kedudukan terikat 3-3 pada separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan Sarawak menguasai sebahagian besar perlawanan sekali gus menambah empat lagi gol menerusi Asyraff (22’), gol sendiri pemain tengah Perak Danish Syaufi Firhan Ramlie (30’), Mohamad Syahmi Suhardi (38’), dan Mohamad Nazwan Airil Mohamad Haykal pada minit ke-39 untuk mengesahkan tempat ke perlawanan akhir.

Pada satu lagi aksi separuh akhir, Selangor tidak berdepan masalah untuk menempah slot ke pentas akhir setelah menewaskan Pulau Pinang 3-0 dalam aksi yang berlangsung di stadium sama.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berangkat menyaksikan perlawanan itu sebagai memberi suntikan semangat buat anak buah Qusmaini Rusli yang beraksi cemerlang mematahkan segala serangan yang dilakukan skuad Pulau Mutiara.

Gol-gol Selangor dijaringkan oleh penyerang Zulkifli Abu Hassan Zali pada minit kelima dan ketua pasukan Syahir Iqbal Khan Akhbar Khan menyumbat dua gol pada minit ke-24 dan 33.

Kali terakhir futsal dipertandingkan pada SUKMA menerusi edisi ke-19 di Perak pada 2018. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan