Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Rakyat disyor muat naik video, meriahkan media sosial dengan kibaran Jalur Gemilang

ByHandy G

PUTRAJAYA, 21 Ogos: Semua rakyat Malaysia digalakkan untuk memuat naik video dan gambar mengibarkan Jalur Gemilang pada 31 Ogos dan 16 September depan di platform media sosial dengan #KibaranJiwaMerdeka.

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam satu kenyataan berkata, kempen ‘Kibaran Jiwa Merdeka’ adalah sebahagian daripada usaha KPN untuk meningkatkan semangat patriotik dan cintakan tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.

“Semua rakyat Malaysia yang berada dalam negara mahupun luar negara boleh mengambil bahagian dalam kempen Kibaran Jiwa Merdeka,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Dalam pada itu, Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago Dagang memaklumkan, kemerdekaan sewajarnya difahami bukan hanya bebas daripada dijajah sebaliknya kemampuan rakyat menjalani kehidupan lebih baik dan memiliki semangat cinta negara.

Melalui konsep Malaysia Madani, beliau berkata, ia menjadi kunci utama bagi menyatukan rakyat yang berbilang bangsa dan agama.

“Saya menyeru agar semua rakyat Malaysia dapat mengambil bahagian dalam kempen Kibaran Jiwa Merdeka ini.

“Diharapkan media sosial diserikan dengan gambar-gambar patriotik yang akan menjadi medan penyatuan rakyat Malaysia dan menanam pohon-pohon perpaduan.

“KPN berharap kempen ini secara tidak langsung dapat meraikan kepelbagaian, mempromosikan kebersamaan seterusnya membentuk jati diri yang dapat membina semangat cintakan negara,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan