Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan wakil daripada tiga syarikat utama India iaitu Tata Consultancy Services (TCS), Emami Agrotech Ltd dan HCL Tech. Foto:Bernama

PM Anwar adakan pertemuan dengan tiga syarikat utama India

NEW DELHI, 21 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan wakil daripada tiga syarikat utama India iaitu Tata Consultancy Services (TCS), Emami Agrotech Ltd dan HCL Tech, di sini.

TCS, syarikat perkhidmatan teknologi maklumat (IT), perundingan dan penyelesaian perniagaan diwakili presidennya (bahagian perniagaan dan akaun strategik, pasaran pertumbuhan) Ujjwal Mathur.

Emami Agrotech Ltd, yang merupakan pemain utama dalam sektor minyak boleh dimakan dan produk makanan India diketuai pengarah eksekutifnya Manush Goenka manakala HCL Technologies, syarikat perkhidmatan IT dan perundingan terkemuka dunia diwakili pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif globalnya C. Vijaykumar.

Turut hadir semasa mesyuarat itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Digital Gobind Singh Deo; Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong; dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Muzafar Shah Mustafa.

Susulan mesyuarat tersebut, Anwar, yang juga Menteri Kewangan dijadualkan menghadiri sesi meja bulat dengan pemimpin industri India, diikuti seterusnya mesyuarat dengan J.P. Nadda, presiden parti pemerintah India, BJP.

Perdana Menteri juga hari ini akan ditemu bual secara eksklusif oleh India Today, majalah berita berbahasa inggeris negara itu.

Kemudiannya, Anwar akan bertemu dengan para pemimpin Islam India sebelum mengakhiri lawatan beliau dengan mengadakan sidang akhbar bersama media Malaysia.

Lawatan rasmi tiga hari Anwar ke India berakhir hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan