Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penerbangan terus dari Kuching – Kuala Terengganu dipertimbangkan – Abdul Karim

ByAsmah Adenan

KUCHING, 21 Ogos: Kerajaan Sarawak bakal bekerjasama dengan negeri Terengganu bagi menyediakan penerbangan terus dari Kuching-Kuala Terengganu atau Kuala Terengganu-Miri.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sarawak kini dalam perancangan mempunyai syarikat penerbangan sendiri iaitu MASwings Sdn Bhd (MASwings) yang dijangka beroperasi pada 2025.

“Jika syarikat penerbangan kita telah beroperasi, mungkin kita boleh menyediakan penerbangan terus dari Kuching-Kuala Terengganu atau Miri- Kuala Terengganu bagi mempromosikan budaya, makanan serta keunikan yang ada antara kedua negeri ini.

“Jika kini kita telah mempunyai penerbangan dari Kota Bharu-Kuching, Penang-Kuching dan Kota Kinabalu- Kuching yang mana mendapat sambutan daripada pengunjung luar dan dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa menghadiri Majlis Makan Malam bersama Penggiat Pelancongan Terengganu-Sarawak sempena Program Silang Budaya Terengganu-Sarawak di sini, malam tadi.

Tambahnya, pihaknya kini sedang berbincang dengan pihak Air Asia bagi mengatur semula laluan penerbangan dari Kuching- Langkawi.

“Kita melihat orang Kuching suka datang (melancong) ke Langkawi terutama sekali jabatan-jabatan dengan mengadakan pelbagai aktiviti menerusi kelab mereka sendiri dan kita cuba aturkan semula penerbangan ini bagi memudahkan orang Kuching untuk datang terus ke Langkawi tanpa transit di Kuala Lumpur.

Jelasnya, jumlah pengunjung yang datang bukan sahaja sekadar melancong tetapi juga untuk mendapatkan rawatan.

Justeru beliau menyeru agar sektor perhotelan dapat menyediakan lebih banyak lagi kemudahan fasiliti dan memperbanyakkan lagi bilik hotel serta rumah tumpangan (homestay) untuk menampung jumlah pelawat yang semakin bertambah.

“Selepas Sukan Malaysia (SUKMA) ini kelak, kita akan ada lagi acara besar iaitu International Dragon Boat yang mana melibatkan lebih dari 20 buah negara untuk datang ke Sarawak dan sudah pasti hotel atau rumah tumpangan (homestay) banyak dicari dan menerima banyak tempahan,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, Datuk Razali Idris, Timbalan Menteri Industri Kreatif, Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan dan Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan